Want your
own Fotopage?









 
FahdaNur Cayang

By: FahdaNur Cayang

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Thursday, 25-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Makin Ayu / Comel bila bertudung..

PICT1367
PICT1364
PICT1365
View all 8 photos...
Si kecik ni, nak jugak simpul rambut dgn tuala mcm orang lepas mandi
tu... Comelnyaa..!!
Tp kelakar gak bila fahda tengok gambar ni, dia sendiri takut.. Puaslah
pujuk cakap tu gambar dia...
Fahda sekarang ni bahasakan diri dia Enda. Ntah dari mana datangnya....

Amacam.. Bergaya tak?

ala, cam mama dia, suka simpul rambut cam tu gak.... banyak ilmu mama dah turunkan pada fahda... .. semoga fahda bertambah bijak n jadi anak yang dengar cakap... Fri 26-Aug-2005 05:53
Posted by:ummi naufal n nu'man
hello sweatie Sat 27-Aug-2005 21:07
Posted by:dr azzam & family  - [Link]
Add comment


Thursday, 4-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Senyum Fahda yang manja & menggoda

PICT1234
PICT1227
PICT1228
View all 7 photos...
Tengok dia senyum cam ne.. Sampai hisap botol pun bolhe nak senyum lagi.
Senyum ni valid masa nak ambik gambar aje... Hehhe..

canteknya gigi dia...dah besar dah fahda Tue 16-Aug-2005 19:17
Posted by:ummi azzam n family  - [Link]
Add comment


Wednesday, 27-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Jenjalan kat Sunway Petting Zoo

PICT1332
PICT1295
PICT1296
View all 9 photos...
Bestnyaa.. Jenjalan kat Sunway Petting Zoo dgn budak2 office.
Okeylah tempatnya.. Baru jalan sikit dah penat sbb kitorang masuk ikut
pintu belakang..

Care to comment?


Thursday, 23-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Playground Tasik Shah Alam

PICT1187
PICT1170
PICT1171
View all 12 photos...
Hujung minggu lepas kitorang pi Tasik Shah Alam.. Seronok fahda dpt main kat playground situ. Mcm biasa dia tak main sangat tp tengok budak2 kat situ main.. Hehhe.. Tapi okeylah.. Sesekali keluar gak peluh melayan fahda. Memang nampak dia seronok.. Mulut tak berhenti bercakap. Yg paling dia seronok, main gelungsur & buaian...
Buai laju-laju

mama fahda pun kene kuar peluh jugak... kasi lagi sihat badan tu... Thu 23-Jun-2005 07:10
Posted by:ummi naufal n nu'man
zura, bila lagi nak upload gambar2 fadha yang terbaru?? Mon 25-Jul-2005 12:25
Posted by:ummi azzam  - [Link]
Add comment


Thursday, 16-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Main kat Playground McD Shah Alam

PICT1050
PICT1036
PICT1037
View all 14 photos...
Sebenarnya hari tu bukanlah lapar sangat.. Tapi saja je nak bawak fahda
main2 kat playground McD tu. Lihatlah aksi fahda ni.. Bukan main ligta.
Tapi asyik tercengang tengok orang lain main. Dia sendiri tak pandai
main.. Ta pe.. Lama-lama pandailah tu.. Sbb tu fist time fahda main kat
situ kannn....

comelnya.. Thu 16-Jun-2005 08:16
Posted by:brahymPHOTOG brahym@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 6-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Spend weekend kat Subang Parade

nangis ke tunjuk gigi ni
posing dgn babah
Amboii
View all 9 photos...
Hari ahad tu kitorang tak tahu nak ke mana.. so just windows shopping
kat Subang Parade. Memang dah lama tak ke sana. Tak banyak yang
berubah.. Still Macam dulu. Yang nampak lain sikit sbb tak de toys'r'us
kat ruang legar bawah tu.. Sbb dah pindah ke tingkat atas. Kitorang tak
naik ke atas pun.. Just jenjalan kat new electric shop yang ganti
toys'r'us tu.. Best jugak tempat tu.. Boleh buat comparison product2
elektrik di antara banyak brand tu... Pasr tu makan2 balik....

Care to comment?


Friday, 3-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Fahda.. Dah besar panjang!

Comelnya dia
Tengok tu
Mencabar rasa geram
View all 5 photos...
Anak mama ni dah pandai bergaya...!

Care to comment?


Thursday, 2-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Baju kurung Fahda dah kecik...!!!

PICT1073
PICT1071
PICT1072
Hai.. Haii.. Haiiii.. Anak mama ni dah besar rupanya. Hari tu saja lah
cuba pakaikan baju kurung raya tahun lepas.. Alamak dah senteng lah. Dah
nampak fahda mcm pakai baju kurung kedah lah pulak.. Nampaknya raya
tahun ni kena lah prepare baju raya yang baru. Ingatkan tahun lepas
(2004) saja buat baju raya tu besar.. Boleh pakai untuk tahun ni (2005)
jugak. Rupanya tak muat dah...
Hmmm... Raya tahun ni kita beraya kat mana ye....?

Care to comment?


Friday, 27-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Takziah buat sahabatku Rohana Ambri

Ana_princess yang comel tu
Ana_princess1
Malam semalam 26 May 2005, aku dapat sms dari Nurul. Husband Rohana Ambri meninggal dunia. Keluar paper. Haaaa.a... terkejutnya aku. Betul ke ni? Cepat2 aku cari paper Utusan. Yelah.. Azhar Idris. Aku ingat nama husband ana.. aku ingat abg Azhar.

Cepat2 aku call Ana sbb nak dptkan kepastian. Nurul kata gambar abg Azhar keluar paper harian metro sbb tu dia tahu berita tu.. Mana tak nya abg Azhar selalu datang utm jumpa ana. Malam tu jugak aku ajak husband pergi beli harian metro. Tengok gambar abg Azhar ya-alaah.... Sedihnya
aku rasa... macam mana pulak Ana sendiri yang rasa. Dengan anak2 yg dua orang tu.. sebak aku rasa.. Al-Fatihah buat roh Abang Azhar. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Buat ana, harap Ana terus tabah menghadapi hidup ni tanpa suami di sisi. Semoga kasih sayang anak2
(Amira & Athira) & abg Azhar dapat membuatkan cekal, tabah. Sayang Ana...

Yang ironinya ialah Abg Azhar meninggal pada tarikh hari anniversary perkahwinan aku yang ke -3 pd 25 May 2005. Al-fatihah buat allahyarham Azhar Idris. Sedihnya aku menahan sebak...

------------------------------------------------------------
Edisi KL: Hajat masuk rumah baru
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf
<mailto:abror@hmetro.com.my> abror@hmetro.com.my

KLANG: Seorang pekerja industri tidak sempat masuk ke rumah barunya kerana terbunuh ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Persiaran Sultan Ibrahim, di sini, petang semalam.
Azhar Idris, dari Teluk Gong, dekat sini, yang menunggang motosikal, bergesel dengan sebuah trailer membawa muatan baja ketika kedua-duanya datang dari arah Shah Alam.

Kejadian itu menyebabkan Azhar gagal mengawal motosikalnya dan terjatuh sebelum diseret trailer berkenaan sejauh hampir 100 meter dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam. Abang mangsa, Hassan, berkata adiknya itu bersiap untuk memindahkan barang dan keluarganya ke rumah baru berkenaan yang dibeli pada harga kira-kira RM100,000.

"Dia baru saja mendapat kunci daripada pemaju dalam tempoh seminggu dua hari lalu. Nampaknya dia gembira untuk masuk ke rumah baru itu," katanya malam tadi. Menurut Hassan, Azhar meninggalkan seorang isteri, Rohana Ambri, 20-an dan dua anak iaitu Nur Amira dan Nur Athirah masing-masing berusia 2 dan 5 tahun.

Ketua Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, Deputi Superintendan Junaidi Bujang, berkata setakat ini polis masih belum dapat memastikan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.

"Mungkin trailer itu cuba memotong motosikal mangsa atau mungkin juga mangsa menyelit di sebelah kiri menyebabkan berlaku pergeselan,"katanya. Jenazah Azhar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun, dekat sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Cif Inspektor Razali Mohaya melalui telefon 019-4587717 untuk membantu siasatan.

Care to comment?


Wednesday, 25-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Mandi-manda kat Matsushita Sports Centre

PICT1023
PICT1014
PICT1016
View all 8 photos...
Ahad lepas sempat kitorang semua pergi mandi-manda kat Matsushita Sports
Centre. Bukan Mama yang mandi.. Fahda aje.. Tp fahda macam takut2..
Maklumlah first time kat MSC tu.. Ada Auntie Marina dgn anak2 dia -
Nurul & Hafina. Uncle Azli pun ada dgn anak dia - Haziq.
Sape nak join fahda lagi....?

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.